Sunday, August 8, 2010

Joging di Airport Lama Kapit

Mari Joging..(berhenti seketika..alamak boroi sudah haha..)

Kelmarin petang saya bersama keluarga saya melakukan aktiviti joging di Lapangan Terbang Lama Kapit ( Lapangan terbang yang ditinggalkan dan tidak beroperasi lagi). Bagi masyarakat di Kapit, Lapangan Terbang Kapit dijadikan tapak untuk berjoging, futsal dan sebagainya. Bagi saya ianya sesuatu yang baik dan berfaedah daripada melakukan aktiviti tidak sihat.

Futsal

Fuuuuuuuuuuuuuuu..lelah oh...

Saturday, August 7, 2010

Akhir rasa ini...

Akhir rasa ini..akhirnya saya tiba di Kapit dan minggu depan saya akan memulakan tugas di pejabat baru. Sepanjang pengembaraan dari Kuching ke Sibu dan Sibu ke Kapit sungguh memenatkan dan tak terkata penat lelahnya. Tidak banyak yang saya dapat "snap" kerana terlalu sibuk berpindah, mengangkat-ngangkat, menghantar-hantar barang. Akhirnya semua selamat sampai ke destinasi yang di tuju...fuuuu.

Inilah pertama kali saya memandu kereta saya dari Kuching ke Sibu dan ingin saya kongsikan pengalaman serba sedikit sepanjang perjalanan dari Kuching ke Sibu terlebih dahulu. Bersama Co-pilot terlatih iaitu ayah saya sendiri kami berlepas pada jam 6.00am dari Kuching. Tiba di Pekan Serian kami berhenti di stesen minyak Petronas untuk mengisi minyak. Setelah mengisi minyak kami meneruskan perjalanan. Tiba di Simpang Sri Aman kami berhenti untuk bersarapan, menu kami pada masa itu Nasi Lemak..(Nyam..nyam..nyam..).

Settle sarapan pagi kami berlepas lagi, dan kali ini kami berhenti di stesen minyak Betong untuk mengisi minyak, setelah selesai mengisi minyak kami meneruskan pemanduan terus ke Sibu ( Direct flight, tak singgah Roban, Saratok, Sarikei coz kejar masa).

Tiba di Sibu jam 12.40pm. Akhirnya Kancil 660 ku sampai juga di Sibu.

Keesokkan harinya saya menghantar barang-barang ke Terminal Boat Express Sibu dan kemudiannya saya menghantar kereta untuk di hantar ke tongkang yang akan membawa kereta saya dari sibu ke kapit. Kos untuk penghantaran sesebuah kereta bergantung kepada saiz dan cc kereta. Seperti kancil hanya dikenakan cas RM200.00 sahaja dan ketibaan kenderaan anda di Kapit adalah bergantung kepada tongkang berkenaan, kebiasaannya sekiranya tongkang sudah full dengan barang baru tongkang berkenaan berlepas, tempoh maksimun perjalanan dari Sibu ke Kapit membawa kenderaan adalah 3 hari perjalanan dari hari tongkang berkenaan berlepas. Kalau anda ada motorsikal adalah bagus menggunakan perkhidmatan boat express yang lebih cepat dan bayaran yang dikenakan tidak mahal.